Kelas Kreativiti Microsoft Paint dan Advokasi

5 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 4 ogos 2018 yang lalu, kelas kreativiti dengan menggunakan Microsoft Powerpoint bersama ahli Pusat Internet Piasau. Kelas ini diadakan selama 2 sesi, iaitu pagi dan petang. Peserta yang telah menyertai kelas ini rata-ratanya dari sekolah rendah.

Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kreativiti dan kemahiran peserta menggunakan aplikasi Microsoft Office disamping meningkatkan kemahiran mereka untuk menggunakan komputer untuk tujuan pembelajaran.

Dengan aktiviti seperti ini dapat menarik minat pelajar untuk menggunakan kemahiran komputer mereka untuk medium pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan sistematik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali